Pages

Friday, 4 July 2014

Bayi dan makanan PEJAL


Proses memperkenalkan bayi pada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia 6 bulan

Sini effa kongsikan 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibubapa sebelum memberi bayi makanan pejal. 

1. Bayi berusia 6 - 8 bulan perlu diberi makanan pejal di antara 2 hingga 3 kali sehari. 

2. Jangan sesekali mendesak bayi untuk makan banyak pada satu-satu masa. Bagi bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. 

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi ialah PURI. Puri tersebut hendaklah dicairkan dgn susu ibu (option)


4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, brokoli dan kentang sesuai untuk dijadikan puri. 


5. Pada peringkat awal ini, elakkan memberi makanan yang boleh menyebabkan masalah alahan seperti keju, kekacang, seafood dan telur. 

6. Jangan sesekali tambah GARAM atau GULA dalam makanan bayi kerana buah pinggangnya masih belum sedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak semakin pandai makan (ketika usia 8 bulan).

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan, jangan marah dan terus memaksa anak makan. Mungkin anak belum bersedia menerima makanan tersebut. Apa yang penting, ibu bapa jangan putus asa. 

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal pada bayi, berikan dia menu yang sama selama 4 ke 7 hari. Ini kerana untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. 

10. Sekiranya anak demam atau sakit, ibubapa perlu memberi anak minum banyak air dan beri makanan yang paling digemari. 



Happy reading semua... 

Love
Mama Umar.